Guna suhu pendingin hawa 24-26 darjah celcius masa panas, TNB jelaskan sebabnya. Walapuan negara sedang dilanda hujan lebat, namun ada beberapa tempat yang sudah mula terasa kesan musim panas.
Cuaca yang panas ini akan menjadi penyebab utama rakyat Malaysia mula memasang pendingin hawa untuk menyejukkan diri di rumah.
Bagi mendapatkan suasana ibarat berada di luar negara, pengguna gemar menggunakan suhu paling rendah iaitu 16 darjah celcius.
Benar ia mampu memberikan suasana yang cukup sejuk tetapi ia memberikan kesan kepada wang anda kerana ia menggunakan tenaga eletrik yang lebih banyak.
Disebabkan masalah pembaziran eletrik yang boleh terjadi, syarikat utiliti eletrik terbesar Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak.
Guna suhu 24-26 darjac celcius
Memadai hanya menggunakan suhu di antara 24 hingga 26 darjah celcius sahaja kerana kesannya tetap sama dalam menyejukkan sesuatu ruang untuk keselesaan pengguna.
Selenggara penghawa dingin
TNB turut menasihatkan agar pengguna menyelenggara pendingin hawa atau tukar kepada pendingin hawa yang lebih baru kerana ia adalah lebih jimat tenaga.
Dalam masa sama, TNB turut menasihatkan agar pengguna memastikan pembayaran bulanan adalah tepat pada masa kerana bil bulanan anda akan berkurangan kerana penjimatan yang dilakukan.
Baca Juga: Khas buat penduduk Selangor, guna aplikasi ini untuk buang barang lama dengan mudah