Guna tema kahwin ala mafia, lelaki dikecam lempar mas kahwin ke muka pasangan. Selalunya wanita menggunakan tema ala puteri tapi lain ceritanya yang berlaku di negara jiran Indonesia, apabila tema persandingan yang dilakukan menerima kecaman netizen.
Di dalam video yang dikongsikan di Twitter oleh pengguna yang dikenali sebagai Elvira, dapat dilihat pengantin lelaki menghisap rokok dan menunjukkan kelakuan yang kurang sopan semasa majlis dijalankan.
Selain itu, pengantin lelaki turut memberikan sejumlah mas kahwin sekitar 100 juta Rupiah (RM29,715.33) yang dikeluarkan daripada beg miliknya di hadapan pengantin wanita.
Tweet tersebut dihujani kecaman netizen-netizen dari Indonesia yang menganggap perbuatan pengantin itu sangat biadap serta mengundang kemarahan beberapa pihak.
Lempar mas kahwin atas arahan jurugambar
Walau bagaimanapun, pengantin lelaki berkenaan tampil menjelaskan bahawa kelakuannya hanyalah sebahagian daripada konsep perkahwinan yang disuruh oleh pihak fotografi.
Mungkin sebelum tularkan video, siasat dahulu konsep atau tidak. Mungkin pengantin dah bosan tema ala kisah dongeng, sebab itu pilih tema kahwin paksa dengan mafia.
Baca Juga: Indonesia bakal sekat akses internet jika gagal daftar, Google dan PUBG antara tersenarai