Habis musnah, sekelip mata lebih 700 rumah di Tawau terbakar

Sejak malam semalam negara digemparkan dengan khabar lebih 700 rumah atas air di Tawau, hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata, kejadian dipercayai bermula kira-kira 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu.

Beliau berkata, lebih 40 pegawai dan anggota balai berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

“Pasukan bomba dari BBP Semporna turut digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam.

Menurutnya kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu menerusi video yang dikongsikan oleh orang awam, dapat dilihat keadaan api yang marak menjilat rumah penduduk disertai kepulan asap tebal yang meliputi kawasan berkenaan.

Rata-rata penduduk cuba menyelamatkan harta dan barangan berharga masing-masing dengan memindahkan di kawasan yang selamat.

 

Baca juga: https://themalaysialife.com/sempadan-dah-dibuka-jom-pergi-thailand-harga-marhaen-je/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kos-2-prn-rm140-juta-pru15-sudah-tentu-lebih-rm1-billion-tidak-wajar-wang-rakyat-dibazirkan/