Sempadan dah dibuka, Jom pergi Thailand! Harga marhaen je

Sempadan Malaysia yang akan dibuka pada 1 April nanti pasti mengujakan orang ramai setelah sekian lama tidak dapat melancong ke luar negara ekoran penutupan sempadan dan tempoh perintah kuarantin yang tidak menentu di beberapa buah negara.

Haa, memandangkan selepas ini tidak ada lagi perintah kuarantin di beberapa negara terpilih, anda bolehlah melancong ke Thailand yang lebih dikenali sebagai syurga makanan.

Kenapa Thailand? sebab mata wang kita lebih kurang sama dengan Thailand. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Jika pergi ke sana, tak perlulah kita mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar. RM500 pun dah cukup sangat!

Ini antara tempat yang anda boleh kunjungi setibanya di Thailand:

1) Bangkok

Bangkok sememangnya kota yang unik dengan budaya dan senibina yang mampu memikat mata pengunjung yang datang. Ibu negara bagi negara Thailand ini mendapat jolokan mata dunia kerana budaya, keindahan ibu kotanya dan juga makanannya.

Majoriti penduduk di Thailand ini adalah penganut Buddha, jadi tidak hairanlah kalau di Thailand kaya dengan tokong-tokong dan lokasi patung Buddha.  Menariknya, usia tempat menarik di Thailand ini mencecah ratusan tahun, bukan mudah untuk mengekalkan kecantikan sesuatu yang telah wujud begitu lama.

2) Krabi

10 Best Things to Do in Krabi - What is Krabi Most Famous For? – Go Guides

Ini merupakan pantai Railay yang wajib anda singgah. Selain itu, and juga boleh singgah ke Pekan Krabi yang dah diibaratkan sebagai nadi kawasan itu. Tidak lupa juga, Kampung Terapung Muslim yang terletak di Koh Panyi dalam daerah Krabi juga.

3) Phuket

Jika sampai di Phuket tak sah jika anda tidak membeli-belah. Pasar malam Phuket yang menarik ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, cenderamata, perhiasan, makanan dan macam-macam lagi.  Pasar yang mendapat julukan syurga untuk berbelanja ini pastinya membuat anda rambang mata melihat pelbagai barangan yang dijual di sini.

  • Alamat : Chao Fa West Road, Phuket Town.
  • Waktu Operasi : Sabtu dan ahad (4.00 pm – 9.00 pm)

5) Sunday Walking Street, Chiang Mai

Setiap pelawat Thailand berharap makanan murah dan lazat, dan boleh didapati dengan banyaknya di Night Walk Chiang Mai.

6) Pattaya

Dikelilingi dengan bangunan kayu dengan gaya tradisional, ia menjadikan kawasan Pattaya ini cantik dan unik. Apatah lagi apabila ada Floating market di sana yang sangat menarik untuk dikunjungi!

Banyak lagi tempat yang anda boleh lawati sebenarnya. Penulis sarankan anda cari salah satu tempat untuk anda duduk, dan ‘explore’ semua kawasan di sana sebab kalau nak habiskan jelajah satu Thailand ni memang tak larat lah!

Baca juga:

https://themalaysialife.com/rider-kena-scam-dengan-pelanggan-hantu-melayang-rm100/

https://malaysiadateline.com/menteri-wilayah-baru-ada-agenda-punca-kemelut-dalam-kl-city-fc-dakwa-khalid/