Rider kena scam dengan pelanggan ‘hantu’, melayang RM100

Berpanas dan berhujan bekerja sebagai seorang rider penghantar makanan ni bukanlah mudah seperti yang disangka. Banyak kerenah dengan pelanggan yang perlu mereka hadap tapi kita je yang tak tahu.

Paling terbaru, tular di laman TikTok, berkenaan seorang rider yang terpaksa berputih mata akibat ditipu oleh seorang pelanggan yang menghilangkan diri selepas mengambil makanan.

@sokcantikkau

#xyzbca #fypγ‚· #foryou Biar fyp Kat Nadia tuh!

♬ original sound – πŽππ—π‹π˜π‹πŽπŠπˆ β˜…

Video tersebut dimuat naik oleh @sokcantikkau dan setakat ini video tersebut telah mendapat hampir 90K tontonan dan lebih tiga ribu komen.

Siapa Nadia?

Difahamkan, pelanggan terbabit bernama β€˜Nadia’ telah membuat pesanan dan mengambil makanannya tetapi menghilangkan diri sebaik menerima makanan tersebut.

Apa yang menyedihkan, rider tersebut telah menunggu sehingga beberapa jam tetapi masih tidak dibayar.

Video berdurasi 15 saat itu menarik perhatian netizen, rata-rata bersimpati atas nasib rider tersebut dan tidak kurang juga yang ingin mencari siapakah β€˜Nadia’ itu.

Difahamkan, rider tersebut rugi sehingga RM100 gara-gara ditipu pelanggan tersebut.

Dilihat dari video yang dimuat naik oleh seorang pengguna diΒ TikTokΒ ini,Β rider tersebut sedang terduduk di tepi jalan raya berhadapan sebuah kilang kerana difahamkan pelanggan tersebut merupakan pekerja di kilang terbabit.

Bagaimanapun, perkara yang membuatkan ramai netizen berang apabila mendapati pelanggan tersebut β€˜melarikan diri’ selepas mengambil makanan tanpa membayar.

Baca juga

https://themalaysialife.com/kak-long-7e-harap-kecaman-berhenti-sebelum-ramadan/Β 

https://malaysiadateline.com/prn-melaka-dan-johor-pengajaran-bagi-ph/