Nak masuk bulan Ramadan, kaklong 7e harap netizen berhenti mengecam

Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sekali lagi menjadi perbualan gara-gara kehadirannya ke stesen TV Al Hijrah pada Isnin lalu.

Ketika dihubungi mStar, wanita berusia 34 tahun itu mendedahkan sudah berada di ibu negara sejak Ahad bagi memenuhi jemputan berkenaan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu dia juga berharap namanya akan sepi daripada sebarang kecaman memandangkan bulan suci Ramadan bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

“Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat bulan puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak saya.

“Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya, satu hari nanti mereka akan jadi sayang pula kepada saya,” jelasnya.

Ibu doa kaklong amuk harumkan nama negara

Sementara itu ibu Kak Long yang dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54, turut meminta netizen agar berhenti mengecam anaknya memandangkan kekecohan yang berlaku sudah lama selesai. Dia juga beranggapan tidak salah anaknya dijemput untuk muncul dalam rancangan TV.

“Masuk Tv pun orang kecam juga. Mestilah pihak mereka sudah selidik dahulu sebelum menjemput Kak Long. Itu rezeki dia, Kak Long nak betulkan keadaan sebab dia ada masa depan.

“Makcik tahu Kak Long berbakat, makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,”katanya.

Biarpun sudah berulang kali memohon maaf dengan linangan air mata, sebilangan netizen masih tidak berhenti mengecam sehingga menggangu emosi Kak Long sekeluarga.

Baca juga: https://themalaysialife.com/lepas-dakwaan-dijemput-buat-review-restoran-kini-kaklong-amuk-dijemput-masuk-tv/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kisah-sedih-vaguito-setiap-hari-merenung-pantai-tunggu-tuannya-untuk-kembali/

COMMENTS