Hanya kenal melalui laman sesawang banduan, wanita ini sanggup nikahi teman lelaki yang dikenali dari penjara

Seorang wanita dari Amerika Syarikat telah bernikah dengan teman lelakinya yang dikenali dari penjara.

Kisah wanita ini agak mengejutkan warganet memandangkan mustahil untuk seorang wanita membuat keputusan untuk bernikah dengan seorang lelaki yang dipenjarakan oleh kerana faktor jarak dan kebebasan.

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, wanita itu pada awalnya sedang mencari seorang banduan di laman sesawang untuk tujuan kajiannya ketika itu.

Lantas, dia terjumpa profile seorang banduan lelaki itu yang bernama James Wyatt. James dilihat seperti seorang yang peramah dan sanggup memberikan kerjasama padanya.

Bermula dari situ mereka sering saling mengirim surat. Lama-kelamaan, wanita itu mulai jatuh hati dengan sikap James.

Namun, akibat Covid-19 mereka tidak dapat berhubung untuk sementara waktu. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk bertunang.

@trust.nostalgia #update #longdistance #ldr #fyp #fyy #fypシ #foryoupage #fypage #viral #longdistancelove #couplestiktok #wap #mwi #writeaprisoner #prisontiktok #prisonwife #prisongf #prisoncommunity #felonlove #jail #felon #prison #prisoner ♬ Love You Still (abcdefu romantic version) (v1) – Tyler Shaw

Selepas pandemik, wanita itu terus melawat James di penjara. Menurutnya, itulah pertemuan mereka yang pertama iaitu di sebalik jeriji besi.

Selepas pertemuan itu juga, mereka telah memilih tarikh perkahwinan mereka dan pasangan itu telah dinikahkan berlatar belakangkan dinding penjara.

Kini, setiap beberapa bulan wanita itu akan melawat suaminya itu di penjara.

Baca juga: Diisytihar muflis, kedai buku BORDERS hentikan operasinya di Malaysia