Haram perkahwinan berbeza agama. Kerajaan Indonesia menolak permohonan membenarkan pernikahan berbeza agama melibatkan seorang pasangan di negara ini.
CNN Indonesia melaporkan penolakan itu disuarakan oleh Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Yasonna H. Laoly dan Menteri Agama, Cholil Yaqut Qoumas semasa perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan.
Penduduk mohon tak tetap syarat perkahwinan hanya antara agama sahaja
Sebelum ini, seorang penduduk, E. Ramos Petege meminta Mahkamah Perlembagaan menerusi Perkara 2 Perenggan 1 Undang-Undang Perkahwinan supaya tidak menetapkan syarat perkahwinan antara agama sahaja.
“Pihak pemerintah mengatakan mahkamah sudah sepatutnya menolak permohonan pemohon.
“Kedua-dua menteri bertindak bagi pihak Presiden Joko Widodo. Mereka mempersoalkan kedudukan sah Ramos sebagai pemohon.
“Menurut mereka, Ramos tidak mengalami sebarang kerugian di sisi Perlembagaan,” kata jurucakap kementerian, Kamaruddin Amin.
Setiap agama ada undang-undang perkahwinan tersendiri
Yasonna dan Yaqut menjelaskan setiap agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat mempunyai undang-undang perkahwinan. Ini termasuk syarat dan kaedah perkahwinan.
Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata, Ramos merayu untuk mempunyai kehendak bebas dan menyimpang daripada peraturan perkahwinan kerana keinginan untuk mempunyai agama berbeza.
“Permintaan itu juga dilihat sebagai usaha Ramos mencari jalan pintas menyeleweng daripada syariat. Ini yang menjadi tidak jelas daripada petisyen pempetisyen,” jelasnya.
Pihak kerajaan turut mengemukakan beberapa hujah dalam hukum syarak termasuk fatwa Majelis Ulama Indonesia yang mengharamkan perkahwinan berbeza agama.
Kerajaan malah menegaskan perkahwinan dan kepercayaan antara agama tidak boleh dilakukan atas dasar hak asasi manusia serta kebebasan.
“Dalam melaksanakan dua perkara ini, kerajaan sudah menetapkan sekatan tertentu.
“Bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak dan kebebasan orang lain serta memenuhi tuntutan yang adil selaras pertimbangan akhlak, nilai agama, keselamatan serta ketenteraman awam dalam masyarakat demokrasi,” katanya.
Berdasarkan semua hujah dan bantahan yang jelas, Yasonna dan Yaqut meminta pihak mahkamah mengisytiharkan pemohon tidak mempunyai kedudukan undang-undang.
Mahkamah juga diminta menolak petisyen pemeriksaaan pemohon.
Baca Juga: Buat ‘content’ Tiktok tak jaga hati Puteri Sarah, peguam akan siasat kandungan video tersebut
Baca Juga: Jika 1 juta paket minyak masak masuk Siam, agaknya berapa kartel dapat kaut untung?