Hembus nafas terakhir di KLIA sejurus pulang dari Tanah Suci Makkah

Hembus nafas terakhir di KLIA sejurus pulang dari Tanah Suci Makkah. Jemaah wanita tersebut dikatakan rebah dan pengsan sejurus keluar daripada pintu pesawat.

Jemaah umrah wanita yang baru pulang menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan Mutawif jemaah berkenaan, Zakariya Abd Rasip yang dimuat naik seorang wanita di Facebook berkata, jemaah terbabit difahamkan rebah dan pengsan sejurus keluar daripada pintu pesawat.

Menurutnya, mangsa juga dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Kota Tinggi, Johor kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat.

“Jenazah juga telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA,” catatnya di hantaran berkenaan.

Katanya, laporan juga sudah dibuat di pejabat imigresen dan Balai Polis KLIA serta jenazah sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk urusan selanjutnya.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” katanya.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Baca Juga: RM3.1 juta tak mampu ganti hilang kepala alat sulit

Baca Juga: Benarkah anda anak keturunan Melayu? Cuba jawab 20 teka-teki berusia lebih 100 tahun ini