Tular di laman sosial facebook seorang individu yang mendakwa tidak mendapat bantuan seperti yang ditularkan sebelum ini oleh seorang pendakwah terkenal.
Pendakwah yang dikenali dengan nama Ebit Lew itu sebelum ini menularkan keadaan mereka sekeluarga dan mendapatkan sebuah rumah sewa untuk kegunaan mereka.
Namun setelah sekian lama, Ebit Lew didakwa mungkir janji dan tidak membayar sewa rumah dan bil api air.
Menerusi perkongsian di sebuah group facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, individu tersebut meluahkan perasaannya dan mengharapkan simpati orang ramai.
Dia mendakwa Ebit Lew berjanji selama dia hidup akan membayar bil apir dan air namun pendakwah itu memungkiri janjinya.
Kerana itu mereka sekeluarga dihalau oleh tuan rumah kerana tidak membayar sewa rumah dan kembali menjadi gelandangan di jalanan.
Individu itu juga menafikan dakwaan jiran tetangga yang dia menerima wang bulanan RM2,000 dari pendakwah tersebut untuk bantuan makanan dan barangan dapur.
Namun kenyataannya dikecam netizen kerana dilihat hanya mahu hidup atas ehsan orang lain dan tidak mahu berusaha sendiri.
Sama-sama kita nantikan penjelasan Ebit Lew berkenaan isu ini.
Baca juga: Tak selamat digunakan, trend guna akuarium ganti balang air buat netizen khuatir