Individu minum kopi sebelum beli-belah, cenderung habiskan duit dan berbelanja tinggi

Satu kajian baharu mendapati individu yang mengambil minuman berasaskan kafein sebelum keluar rumah, akan cenderung menghabiskan duit dan membeli-belah dengan kuantiti yang banyak.

Lapor Metro, individu ini akan berbelanja pada barangan yang memberi kegembiraan dan menyenangkan mereka termasuk potensi memesan makan malam mewah.

Selain itu, kafein boleh mengurangkan kawalan diri ketika berbelanja sehingga cenderung membelanjakan duit untuk percutian.

Kajian tersebut diterbitkan dalam Journal of Marketing, yang menurut kajian, meminum kopi menjadikan individu lebih cenderung untuk berbelanja banyak daripada yang dijangka selain melakukan pembelian lebih impulsif.

“Mereka yang tidak minum kopi sebelum membeli-belah pula berbelanja secara berhemah dengan membeli barangan yang perlu seperti alat tulis dan peralatan dapur,” jelas laporan itu.

Para penyelidik juga mengkaji tabiat perbelanjaan sukarelawan yang diberi minuman sebelum keluar membeli-belah.

Minuman tersebut termasuk berkafein, tanpa kafein dan air.

“Ternyata kumpulan individu minum kopi berkafein berbelanja lebih tinggi dan membeli banyak barangan berbanding mereka yang mengambil minuman tanpa kafein dan air,” jelas laporan itu.

Baca juga: Lucinta Luna ubah wajah lagi, kini mahu kelihatan persis Blackpink Jisoo

Baca juga: Rumah Trump diserbu, peti besi diceroboh FBI