Ingatkan sujud lama, rupanya imam ini meninggal dunia ketika sujud waktu solat Subuh

Kematian dicemburui ialah kematian dalam melakukan ibadah dan amal soleh termasuk ketika bersujud dalam solat seperti yang dialami seorang imam di Balikpapan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Haji Andi Samsul Bahri meninggal dunia dalam sujud ketika beliau mengimami solat subuh berjemaah pada Selasa, 2 Januari 2024 di masjid Al Ula Kampung Baru Balikpapan Indonesia Barat.

“Kematian yang indah, meninggal saat solat Subuh berjemaah di Masjid, menjadi Imam, sedang sujud, dalam keadaan berwudhu. semoga Husnul Khotimah…aameen,” tulis salah seorang pengguna Facebook yang di kenali sebagai Mohammad Saufi Miad.

Pada mulanya, jemaah yang mengikuti beliau bimbang kerana sujud terlalu lama sehinggakan ada segelintir bangun dan kemudian sujud semula apabila imam masih dalam keadaan sujud.

Kemudian, lama menunggu akhirnya imam tersebut rebah lalu tempat beliau diganti dengan imam lain.

Semoga Husnul Khatimah.

Baca juga: Siapakah pelakon paling kaya dalam ‘movie’ Harry Potter?