Ingin menghapus data digital dengan selamat, di Jepun hanya perlu bayar RM3.44 sahaja

Ingin menghapus data digital dengan selamat, di Jepun hanya perlu bayar RM3.44 sahaja. Data yang berpotensi sensitif dapat dihapuskan dan anda tak perlu risau andai ia tersebar.

Oddity Central melaporkan kedai ‘Tarikh Pelupusan Akhir, Masa Gelap Lalu’ itu menawarkan perkhidmatan serendah 100 yen (kira-kira RM3.44 sen) untuk menghancurkan cakera keras atau pemacu lama dalam mesin khas.

Kedai itu memperkenalkan perkhidmatannya pada 2020 apabila semakin ramai pemilik komputer peribadi mula menimbulkan persoalan apa berlaku kepada data peribadi mereka apabila menukar komputer mereka.

Pemilik ‘Tapak Pelupusan Akhir, Masa Gelap Lalu’ membeli mesin pemusnah cakera keras profesional dan mula menawarkan orang ramai peluang untuk melupuskan data mereka dengan selamat, yang berpotensi menjejaskan jika tidak dilupuskan secara betul.

Terletak di ruang bawah tanah sebuah bangunan di daerah Akihabara yang berorientasikan teknologi di Tokyo, kedai itu pada asasnya menggunakan pemusnah pemacu keras profesional Nitto Zoki DB-60PRO.

Pelanggan hanya perlu masuk ke kedai, bayar 100 yen dan serahkan pemacu yang mahu dimusnahkan kepada kakitangan.

Kakitangan akan memasukkan pemacu ke dalam mesin khas, menekan butang sebelum empat batang keluli berkuasa hidraulik menembusi storan data, menjadikannya tidak boleh digunakan.

Bagi sesiapa yang ada masa lampau yang mahu dihapuskan, boleh segera ke Jepun untuk musnahkan pemacu keras anda.

Baca Juga: Terlalu obses, bapa letak nama anak dengan watak anime

Baca Juga: Ramai tak tahu 5 makanan ini bahaya jika dipanaskan dalam microwave