Inginkan telur rebus yang cantik dan senang dikupas, ikuti tip ini

Inginkan telur rebus yang cantik dan senang dikupas, ikuti tip ini. Pastinya ramai yang inginkan telur rebus yang cantik untuk dimakan bersama salad atau di buat nasi lemak.

Namun apabila rebus, ada pula yang tak menjadi, susah untuk dikupas ada juga yang tak masak sepenuhnya.

Petua yang dikongsi Waheeda Basiron ini, sangat mudah dan memang menjadi sehingga kita berasa sayang pula nak makan. Jom kita tengok cara-cara rebus telur yang betul.

BAHAN-BAHAN:

  • Telur
  • 1 sudu garamĀ 
  • 1 sudu minyak masak

CARA-CARA:

  1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambah air sehingga telur tenggelam.
  2. Cara saya ni, tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye. Saya letak terus telur dalam periuk.
  3. Masukkan sesudu garam + sesudu minyak masak.
  1. Kemudian, rebus lebih kurang 10-15minit atau sehingga air menggelegak
  2. Apabila siap, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.

Selepas ini boleh la ambil gambar telur yang cantik sebelum makan, tak perlu lagi sembunyi telur di bawah nasi setiap kali makan.

Baca Juga: Resepi sahur paling mudah, bukan takat goreng telur

Baca Juga: Terowong SMART dibuka kembali