Kisah penceraian selebriti di dalam negara sering menjadi isu hangat dan menarik perhatian ramai. Mereka merupakan figura yang sering dijadikan contoh dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk kehidupan perkahwinan.
Penceraian selebriti kadang-kadang memberi gambaran tentang cabaran dan tekanan yang mungkin dihadapi oleh individu dalam industri hiburan, serta mencerminkan realiti kehidupan yang kompleks di sebalik imej yang dipaparkan di media.
Jom kita lihat lima pasangan selebriti yang bercerai sepanjang tahun 2023:
1. Syamsul Yusof dan Puteri Sarah
Kisah penceraian pasangan selebriti ini memang menjadi salah satu kontroversi paling hangat tahun ini. Pada mulanya, mereka berdua menghadapi konflik yang berlarutan, dan situasi semakin rumit dengan kewujudan orang ketiga yang turut campur tangan dalam rumah tangga mereka.
Ketika Puteri Sarah mengetahui tentang perkahwinan suaminya dengan isteri kedua, Ira Kazar, dia membuat keputusan untuk bercerai. Namun, ketidaksepakatan antara pasangan ini menyebabkan proses penceraian menjadi semakin berpanjangan.
Kesukaran mencapai kata sepakat dalam proses penceraian sering kali melibatkan berbagai faktor, termasuk perasaan, harta harta bersama, dan hak-hak penjagaan anak.
Namun pada 14 Jun lalu, pengarah terkenal Syamsul Yusof akur dengan kehendak isterinya dan melafazkan cerai talak satu sekaligus menamatkan perbalahan antara mereka berdua.
2. Datuk Zainal Abidin Hassan dan Fyna Jebat
Perkahwinan Fyna Jebat, yang merupakan bekas isteri kedua kepada seorang jurulatih bola sepak turut menemui titik noktah. Kontroversi penceraian ini mula merebak ketika anak Zainal, Zahira Aisyah, membuat pengumuman di media sosial menyatakan bahawa mereka berdua sudah berpisah.
Dikatakan, perkahwinan mereka menemui jalan buntu kerana tidak mendapat kebenaran dari isteri pertama untuk bernikah dan ada yang mendakwa mereka bergaduh di sebuah kedai mamak pada Januari lalu.
3. Farid Kamil dan Diana Danielle
Menurut rekod, mereka telah membina rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Walau bagaimanapun, pada 10 Ogos yang lepas, mereka telah berpisah disebabkan kurangnya persefahaman dan terjadinya perbalahan yang berpanjangan.
Namun demikian, pasangan ini dilaporkan telah merujuk semula perkahwinan mereka selepas bercerai melalui Google Meet, dengan niat untuk menjaga kebahagiaan kedua-dua anak mereka.
4. Datuk Jovian Mandagie dan Nina Sabri
Perkahwinan antara Datuk Jovian Mandagie dan isterinya menemui titik noktah apabila mereka mengumumkan telah bercerai pada bulan Ogos yang lalu.
Walaupun berpisah, mereka dikatakan telah berpisah secara baik dan masih mengekalkan hubungan sebagai kawan baik. Sejak rumah tangga mereka didirikan pada 11 Disember 2013, pasangan sejoli ini dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia enam tahun.
5. Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada
Nurul Shuhada menfailkan penceraian terhadap Hafidz Roshdi apabila dia menemui bukti yang suaminya telah bermain kayu tiga dan disebabkan perkara itu juga, Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali kerana dikatakan mengacau perhubungan suaminya bersama pasangan baru.
Pada akhirnya, mereka telah disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu dengan kedua-dua anak mereka dijaga oleh Nurul Shuhada sendiri.