Ini cara mudah nak simpan pes cili ‘homemade’ berbulan dalam peti, tak berkulat dan tahan lama!

Cili yang dikisar sememangnya adalah salah satu bahan yang sangat penting dalam masakan tempatan.

Namun, masih ramai yang ‘failed’ untuk mengolah resepi hingga boleh tahan lama.

Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Huda Suhaini turut berkongsi cara untuk membuat cili kisar yang boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Huda Suhaini turut berkongsi cara untuk membuat cili kisar yang boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

@byhudasaini

Hari ni cuma buat stok cili kisar je… mudahkan sikakak nak buat telur sambal dia hihi.. Dulu selalu fail buat cili kisar ni..cepat betul berkulat dan bau tak best. So tanya mak apa petua, mak cakap blender cili kering tu dengan sedikit cuka dan minyak masak, kemudian keringkan air dalam cili kisar tadi.. Alhamdulillah…memang menjadi…petua orang-orang lama ni jarang tak menjadi hihi.. saya memang suka letak bawang besar untuk beri rasa lebih manis pada cili kisar tu.. #menubalikkampung #petuacilikisartahanlama #cilikisar #cilikisarhomemade

♬ Terus Hidup – aina abdul & Aina Abdul
Tiktok

Cara-caranya:

1. Mulakan dengan menambahkan cili kering yang telah direbus ke dalam pengisar.

2. Seterusnya, masukkan bawang putih yang telah dikupas ke dalam pengisar.

3. Tambahkan dua biji bawang besar ke dalam pengisar.

4. Seterusnya, tambahkan sedikit cuka makan dan minyak masak ke dalam pengisar.

5. Jangan lupa tambahkan sedikit air dan kisar seperti biasa.

6. Selepas itu, panaskan cili kisar dalam kuali. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kandungan air dalam cili kisar.

7. Setelah hampir kering, matikan api dapur dan biarkan cili kisar sejuk.

8. Setelah siap, anda boleh menyimpan cili kisar dalam bekas plastik.

Baca juga: Netizen bandingkan layanan Ibu Aliff Aziz dan Datin Patima Ismail pada menantu, tak sangka ini respon tuan badan