Mengelak dari memperburuk keadaan, ibu kepada pelakon Aliff Aziz berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan anak dan menantunya.
Siti Hafıza Basharahil turut mengajak semua untuk berbuat kebaikan kerana kini umat Islam berada dalam 10 malam terakhir Ramadan.
“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti pasti terbaik.
“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan. Kita semua patut buat perkara positif. Semoga kita semua dapat kebaikan,” katanya.
Dalam pada itu, Hafıza juga mengelak untuk menjawab soalan mengenai tindakannya untuk tidak lagi mengikuti Instagram menantunya, Bella Astillah.
“Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu, tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tak mahu bercakap tentang perkara negatif, saya mahu yang positif sahaja,” ujarnya.
Dalam menjawab perbandingan yang dibuat oleh netizen tentang dirinya dan ibu mentua pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail, Hafıza menegaskan bahawa dia hanyalah ibu kepada Aliff.
“Fasal itu tiada komen. Saya hanya bersyukur dan ucap Alhamdulillah. Saya hanya Hafıza iaitu ibu kepada Aliff Aziz,” tegasnya.
Baca juga: Siti Nurhaliza bakal bergelar Biduanita Negara?