Ini jawapan Hael bila ditanya kena buat pembedahan plastik. Hael menepis dakwaan tersebut, hanya bergantung kepada pasukan profesional.
Penyanyi lagu popular Kelentang Kelentong, Hael Husaini, 35, menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh dia melakukan pembedahan plastik. Dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip itu tercetus, namun mengakui ada terdengar tuduhan yang tidak berasas.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja. Apa yang boleh saya katakan, makin kita meningkat usia semakin kita pandai jaga diri.
“Waktu muda dulu mungkin saya tidak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin,”katanya.
Menurut Harian Metro, Hael mengakui bertuah kerana memiliki syarikat pengurusan yang amat menitikberatkan soal penampilan selain aspek nyanyian.
“Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua dilakukan sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.
“Kalau dulu umpamanya saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan. Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera,”katanya.
Hael kini bernaung di bawah Rocketfuel Records. Label rakaman dengan artis di bawahnya termasuk Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari dan ramai lagi. Ia juga mempunyai sub-brand bernama Indie Space Station yang fokus kepada pemuzik bebas di negara ini.
Baca Juga: Bekas mufti dah tegur, pasangan kekasih tak boleh solat atas talian sama-sama, tak sah
Baca Juga: Gaji CEO Sapura Energy RM200,000 sehari walaupun syarikat rugi berbilion ringgit