“Ini lah hari Ibu paling teruk pernah aku hadap..”

Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar.

Ya, aku beli kek dan air sedap untuk mak. Tapi jauh di sudut hati, aku umpama mati rasa.

Nak kata burnout, aku dah pernah rasa burnout itu macam mana.

Lebih kepada dah tak ada rasa. Sekadar tanggangjawab. Itu pun kadang aku bertangguh atau buat tak tahu.

Jangan cepat kata aku anak derhaka kalau korang tak rasa apa aku rasa.

Buat mak-mak generasi baru:

Kalau suka, pujilah anak.

Kalau tak suka, beritahu anak dengan jelas dan cakap apa akibatnya kalau anak buat/tak buat sesuatu.

Jangan mainkan emosi anak dengan play victim, dengan hamburan kata-kata yang menusuk luka hati anak bertahun-tahun lamanya.

“Mak cakap dia boleh hidup tanpa anak-anak” luah adik aku.

Ya, aku biasa dengar mak cakap begitu.

Tanpa mak sedar, kata-kata sebegitulah mungkin telah buat adik aku berat hati nak memberi duit pada mak aku. Berat hati nak selalu balik kampung.

Aku yang dulunya tegar berhenti kerja demi menjaga mak pun dah rasa tawar hati dan mahu mengelak. Korang rasa bagaimana?

“Jangan ambil hati dengan kata-kata mak. Mak cakap memang kasar tapi mak tak maksudkan” luah mak bila aku tak keluar billik berhari-hari tak makan tak minum masa Raya Haji tahun lepas.

Lama mana seorang anak nak hadap caci maki seorang emak yang ‘cakap kasar tapi tak maksudkan’? Lama mana?

Tawar hati itu benar-benar wujud dan tidak terhad hanya pada hubungan lelaki dan perempuan. Dengan keluarga pun boleh jadi tawar hati OK.

Susah nak jelaskan tapi inilah apa yang aku rasa. Hingga layanan aku pada mak pun dah tak macam dulu.

Walaupun aku tahu aku boleh berdosa begini, aku tak mampu nak menipu diri sendiri yang aku betul-betul tawar hati dengan mak sendiri.

Hari Ibu Yang Tawar, sekadar cukup syarat. Jahat juga aku kan?

– Anak Tawar (Bukan nama sebenar

Baca: Datin Patimah lari dari rumah sebulan, Yusof Haslam didakwa curang dengan wanita lain