Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dilaporkan terpaksa membatalkan perancangan menunaikan haji bersama isteri dan anak-anaknya.
Detikhot melaporkan pelakon itu telah pun menaiki pesawat ke Makkah namun membatalkan hasratnya di saat-saat akhir kerana timbul beberapa masalah.
“Saya pada awalnya terfikir adakah saya kena prank tapi rupanya belum masa saya ke Makkah. Saya sudah naik kapal terbang,” katanya.
Pelakon itu juga memberitahu masalah yang datang bukanlah dari agensi namun menganggap bukan rezekinya untuk ke sana dan akan mengadakan sidang media bagi memberikan penjelasan.
Sebelum ini, media melaporkan Baim Wong telah mengadakan majlis kesyukuran bagi memberkati perjalanannya ke tanah suci dan akan berangkat pada 7 Jun lalu.
Baca juga: Ruginya tak tahu fungsi garisan atas duit RM ni, bertahun hidup baru boleh guna hari ini