Tular ‘meme’ atau bahan jenaka dengan kapsyen sindiran yang menggunakan gambar Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden dengan gaya berdoa.
“Saya tak perlu wang peruntukan kawasan. Saya sukarela mengharap kekayaan di sana.”
Itu ungkapan yang mengiringi gambar itu yang dilihat berkaitan isu gaji rendah guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) atau lebih dikenali sebagai ‘tadika Pas’.
Baru-baru ini dalam sidang Dewan Rakyat, Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar mengatakan bahawa guru Pasti bukannya pekerja sebaliknya sukarelawan.
‘Penjelasan’ Afnan itu semasa dia mempersoal tujuan Kementerian Sumber Manusia melakukan pemeriksaan di semua premis Pasti.
Kata Afnan, Pasti adalah aktiviti sukarelawan yang melibatkan ahli parti dan tidak membabitkan aktiviti antara pekerja dan majikan serta bukan aktiviti perniagaan.
Netizen turut melontarkan komentar sinis mengaitkan dilema pendapatan kategori miskin tegar dihadapi sebahagian besar guru Pasti.
Ada guru Pasti dikatakan memperoleh pendapatan mengajar serendah RM500 sebulan bergantung kepada yuran yang dibayar ibu bapa dan berbeza mengikut kawasan.
Guru-guru di institusi pendidikan awal kendalian Pas itu juga tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain dikatakan tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa.
Mereka dibayar gaji begitu rendah ketika kos hidup semakin tinggi ketika dalam masa sama ‘YB’ Pas sakan menyalak pula menuntut peruntukan untuk kawasan yang mereka wakili.
“Ini tang walauntit ustazah Pasti dia kata sukarela… bila tang dia… melalak nak peruntukan.
“Siapa kata kami hadap sangat wang peruntukan tu? Kami memang dengan sukarela akan menggunakan wang kami sendiri untuk membantu penduduk di kawasan kami tapi kalau nak bagi kami sapu jugalah…” demikian antara komentar sinis netizen di media sosial.
BACA JUGA Cara rahsia pendekkan loan rumah dari 30 ke 20 tahun