Ini tips nak pilih udang segar di pasar, perhati 4 tanda ini

Ramai orang tidak tahu cara memilih udang segar dengan betul. Ia adalah pembaziran jika terbeli udang yang sudah tidak segar, dan hasil masakan pasti akan terasa berbeza benar jika dibandingkan dengan udang segar.

Memang nampak remeh, tapi boleh sebabkan keracunan kalau ambil udang yang kurang segar sebenarnya.

Selain itu, kesegaran udang juga memainkan peranan penting dalam menentukan rasa masakan. Udang yang segar cenderung lebih manis, memiliki isi yang pejal, dan tidak mudah hancur.

Cara memilih udang segar:

1. Tekstur pejal dan tak kecut

Sekiranya tekstur udang sudah kecut dan tidak pejal, itu bermakna udang tersebut sudah tidak segar. Udang yang segar sepatutnya mempunyai kulit yang pejal dan tidak kering.

2. Kulit tidak mudah tertanggal

Kulit udang yang masih segar tidak akan mudah terkupas. Jika kulitnya kelihatan hampir terkupas, itu menandakan udang tersebut sudah tidak segar lagi.

3. Mata terjojol

Selain dua tanda di atas, udang yang segar biasanya mempunyai mata yang terjojol. Jika mata udang sudah tersepit ke dalam, itu menandakan udang tersebut sudah tidak segar lagi.

4. Kepala tidak hitam

Kepala udang yang tidak segar cenderung berubah menjadi gelap. Kepala udang yang masih segar seharusnya tidak berwarna gelap.

Baca juga: Pelajar hilang sabar rakan sebilik pengotor, kain baju berlonggok atas lantai- “Dia cuma bagi alasan terpaling depression”