Kita sedia maklum produk bermerkuri sangat bahaya dan memberi kesan negatif buat pengguna. Sudah banyak produk kosmetik yang mengandungi merkuri di pasaran telah dihentikan penjualannya oleh pihak KKM.
Namun, oleh kerana produk ini lebih cepat dilihat kesannya pada wajah iaitu glowing dan putih dalam waktu yang singkat jadi, masih ada yang sanggup mengambil risiko untuk menggunakannya.
@nurnnyas Membalas @Aiisyahwarayy aku cm org biasa ko yg pengen sharing #pejuangkulitsehat #stopmerkuri ♬ Trauma – Aan Story & Elsya
Seorang wanita di TikTok telah tampil berkongsi pengalamannya menggunakan produk bermerkuri. Menurut @nurnnyas selepas setahun dia berhenti mengamalkan produk bermerkuri, mukanya perlahan-lahan berubah kehitaman.
Pada awalnya, dia juga tidak mengetahui bahawa produk tersebut mengandungi merkuri dan telah menggunakannya selama 2 tahun.
Oleh kerana, wajahnya yang kehitaman itu telah menyebabkan dia berasa malu untuk keluar berjumpa sesiapa dan hanya menggunakan pelitup muka setiap kali keluar.
Apabila bercakap dengan orang juga dia akan menundukkan wajah dan tidak berani untuk bertentang mata kerana malu dengan keadaan dirinya.
Kini, dia sudah menerima keadaan wajahnya dan lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai.
Dia juga masih mencuba merawat kulit muka dengan menggunakan produk-produk yang selamat dan menasihati orang ramai supaya jangan sesekali menggunakan produk bermerkuri kerana kesannya hanya boleh dilihat selepas berhenti sahaja.
Baca juga: Diisytihar muflis, kedai buku BORDERS hentikan operasinya di Malaysia