Iraq umum temui telaga minyak baru

Iraq umum temui telaga minyak baru. Telaga minyak baru itu terletak di bandar Nukhaib dan Tharthar di Wilayah Anbar yang terkenal dengan bahan mineral dan fosfat ditemui oleh Kerajaan Iraq.

Gabenor Anbar, Ali Farhan pada Rabu berkata, pihak berkuasa Anbar sedang bekerjasama dengan kementerian dan syarikat Saudi-Amerika mengenai penemuan itu.

“Kementerian Minyak perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan penerokaan minyak baharu di Anbar, barat Iraq, dan kawasannya meliputi 34 peratus daripada keseluruhan Iraq,” katanya.

Kementerian Minyak mempunyai maklumat tepat mengenai jumlah sebenar telaga minyak baharu itu lapor Bernama.

Sebelum ini, dua telaga di Wilayah Kirkuk pernah di bom pada tahun 2020 oleh pasukan militan IS sehingga menyebabkan kebakaran besar di utara Iraq.

Baca Juga: Tragis di hari bahagia, wanita maut terkena peluru sesat

Baca Juga: Lebih baik Rina, Zailah tumpu isu kemiskinan haid daripada kaji keperluan cuti haid