Bila dah masuk bulan Ramadan ni maka banyaklah orang yang tak sabar nak meraikan bulan Syawal.
Kononnya semua benda perlu baru untuk raikan perayaan setahun sekali ini hingga sanggup berhabisan duit demi sesuatu yang digayakan untuk sehari.
Seorang lelaki Bob (bukan nama sebenar) berkongsi bagaimana si isteri sering meminta barangan mahal untu menyambul 1 Syawal.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Salam semua. Ramadan sudah pun tiba maka raya tak lama lagi. Masa macam ni la penyakit ni datang.
Penyakit ni dah bertahun-tahun terjadi dalam kalangan keluarga terdekat dan juga keluarga jauh aku.
Penyakit yang aku maksudkan adalah beli baju raya atau persiapan raya mahal-mahal lepas tu niat untuk jual balik selepas raya, sebab berbelanja tak ukur di badan sendiri.
Beli mahal dan jual balik separuh harga lepas pakai
Barang-barang mewah di beli untuk menunjuk-nunjuk secara sementara, untuk gambar dan menunjukkan terpaling bahagia.
Contohnya, si A beli baju raya berharga RM400 sepasang, handbag RM500, demi gambar di hari raya,
Beberapa minggu selepas tu si A iklankan baju tersebut untuk di jual prelove dengan harga rugi 30 hingga 50 peratus
Katanya, kerugian tu kira macam ‘sewa’. Adoii! Pening aku.
Orang yang ada penyakit ni sebab nak nampak mewah di hari raya, nak ikut trend, nak terpaling masuk butik, nak menunjuklah tapi pada hakikatnya tak mampu.
Jadi, kenapa aku bitter (sakit hati)? Trend ni mengajar tentang kemewahan sementara. Paling penting, isteri aku pun dah mula terpengaruh.
Banyak kali juga isteri aku minta nak baju raya mewah lebih RM500 dengan alasan, nanti lepas raya jual balik.
Aku kata, kalau sewa kedai aku benarkan sebab harga tetap. Tapi kalau nak beli di butik dan jual kemudian, aku tak bagi.
Apa jadi kalau tak ada orang beli atau orang runding harga sampat jatuh antara 70 ke 80 peratus.
Masalahnya isteri aku tak nak sewa sebab baju sewa kebanyakan bukan baju raya baru 2024. Kalau ada pun bukan latest release kata isteriku.
Contoh, baju yang baru release dari butik A utk raya 2024. Mana ada orang buat sewa sebab baru kan. Orang beli pun untuk pakai sendiri.
Aku tanya balik isteri aku, apa fungsi beli baju sekali pakai? Apa fungsi bermewah sehari Isteri aku diam.
Aku tak pernah berkira dengan isteri bab makan, nafkah dan bercuti. Cuma bab baju untuk sekali pakai, hmmm. Botak aku.
Baca juga: Didakwa beri pengiktirafan pakej ‘kahwin di Siam’, ini amaran keras dari JAKIM