Mahu diraikan setiap hari! Surirumah dedah sebab mahu habiskan duit jutawan ini

Seorang wanita meminta suaminya yang berstatus jutawan untuk memenuhi beberapa tuntutan, termasuk berkongsi pendapatan dan memberikan hadiah mewah setiap hari, seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Sun semalam.

Soudi yang merupakan isteri kepada lelaki tersebut berkongsi perincian tersebut dengan pengikutnya di platform TikTok.

Ini termasuk hadiah ‘kejutan’ yang dikehendaki oleh isterinya setiap hari, sama ada dalam bentuk perhiasan bunga atau barang kemas dari jenama ternama seperti Van Cleefs & Arpels.

Dia turut memohon percutian setiap bulan untuknya sebagai salah satu dari tuntutan itu.

Suri rumah tersebut juga menerima sebahagian daripada gaji suaminya, tetapi dia enggan mendedahkan jumlah yang diterimanya.

Seorang netizen memberikan komen dengan menulis: “Bukan hadiah mengejutkan, jika anda tahu ia akan berlaku pada setiap hari.”

Baca juga: Terkejut bila tahu kumpulan Raihan, Rabbani dan Hijjaz rupanya dari Al-Arqam