Isteri meraung minta maaf dekat suami lepas kantoi curang

Isteri meraung minta maaf dekat suami lepas kantoi curang. Baru-baru ini berlegar satu video yang memaparkan seorang isteri didakwa telah menjalinkan hubungan sulit ketika suaminya sedang menjalani ibadah Tarawih.

Memetik laporan Tribun News, video itu tular selepas dimuatnaik di TikTok Ketika kejadian, suami kepada wanita itu dikatakan sedang bersolat di masjid Lhokseumawe, Banda Aceh.

Menerusi video itu, dia dilihat merayu-rayu dan meminta maaf kepada suaminya setelah ditangkap curang. Wanita tersebut juga mencium kaki suaminya sambil menangis untuk dapatkan kemaafan. 

Si suami kelihatan tenang menerima permohonan maaf namun mengatakan bahawa dia perlu berbincang dengan ibu bapa isterinya mengenai isu itu.

“Jadi hubungi ibu bapa kamu,” kata si suami.

Dalam keterangan di video itu, si isteri didakwa telah ditangkap berdua-duaan dengan lelaki lain di rumah ketika suaminya keluar untuk solat Tarawih.

Lelaki yang ditangkap menjalinkan hubungan sulit bersama si isteri hanya mampu tediam sambil menundukkan kepala serta mengangkat tangan sepanjang si isteri histeria.

Kejadian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari kalangan netizen dan rata-rata dari mereka turut mengecam perbuatan isteri yang curang di belakang suaminya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai hubungan mereka tidak didedahkan.

Kepada isteri, taktala suami sedang sibuk beribadat, ikutlah mereka. Bukan duduk di rumah menambah dosa dengan hubungan sulit yang pasti berakhir dengan derita.

Baca Juga: Ustaz didakwa cabul 12 pelajar bawah umur dengan tiga taktik

Baca Juga: PLUS bagi penjelasan mengapa kita perlu beralih kepada RFID