Isu tak pakai coli di Kedah Fashion Week, ‘maknyah’ rupanya

  • Post author:

Tular sebelum ini mengenai wanita yang didakwa tidak memakai coli di Kedah Fashion Week hingga menyebabkan kemarahan ramai, apabila diselidik, wanita tersebut bukanlah wanita asli tetapi maknyah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Bin Othman Dsdk., Amk dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook telah memanggil memanggil pihak Aman Central, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Pejabat Daerah Kota Setar untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hasil pertemuan tersebut, difahamkan individu berkenaan bukanlah peserta yang dijemput untuk memperagakan pakaian di dalam acara KFW.

Identiti individu berkenaan juga difahamkan adalah seorang ‘maknyah’ yang berlakon seperti seorang model, menggayakan pakaian yang tidak sesuai, mengambil gambar serta video dan memuat naik di dalam media sosial.

Tindakan individu berkenaan dipercayai adalah tindakan peribadi yang dilakukan setelah acara pertunjukan fesyen berkenaan tamat.

“Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

“Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mengkaji bagi memperkemaskan Peraturan-peraturan kecil yang berkaitan hiburan dan pertunjukan supaya lebih menepati adat budaya dan tatasusila Negeri Kedah.”

Baca Juga: Tampilkan model dengan pakaian menjolok mata, penganjur Kedah Fashion Show tak mohon permit rupanya

Baca Juga: Program 3 hari tiada permit, PBT buta ke? Kerajaan Kedah dikecam gara-gara ‘terlepas’ fesyen tayang dada tersembul