Jenazah Iman Aqmar akhirnya dikebumi, hujan mengiringi perjalanan terakhir ke rumah abadinya. Jenazah disemadikan kira-kira pukul 1 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih.
Allahyarham yang ditemukan dalam kenderaan di Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, pada Sabtu lalu setelah lebih sembilan bulan dilaporkan hilang.
Lebih 100 ahli keluarga, saudara, rakan, kenalan dan penduduk hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang disemadikan lapor Kosmo.
ujan lebat turun membasahi bumi mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham selepas imam masjid selesai membaca talkin dan ibu Allayarham, Asmawati Kadir, menyiram air ke pusara anak sulungnya.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di tanah Perkuburan Islam itu kira-kira pukul 12.25 tengah malam diiringi ibu, adik-beradik, tunangnya serta ahli keluarga terdekat.
Terdahulu, jenazah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan ke Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota, Kuantan pada pukul 2.30 petang untuk dimandikan.
Jenazah seterusnya dikafan dan disembahyangkan di masjid yang sama sebelum dibawa pulang ke Pasir Gudang untuk dikebumikan.
Baca Juga: Jenazah lelaki didakwa hilang 10 bulan masih belum boleh dituntut
Baca Juga: Berjaya sertai 30 acara maraton, pelari ‘kaki besi’ ini buktikan OKU boleh