Jenazah lelaki didakwa hilang 10 bulan masih belum boleh dituntut

  • Post author:

Jenazah lelaki didakwa hilang 10 bulan masih belum boleh dituntut. Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24 ditemukan dalam kereta Grand Livina miliknya di Sungai Api -api di Nenasi, Pekan, Pahang, 23 Jun lalu.

Nurul Izz Anisah Dzulkarnain, 21 berkata, proses menuntut jenazah abangnya mengambil masa kerana membabitkan proses tertentu.

“Buat masa ini jenazah arwah abang masih belum boleh dituntut. Insya Allah urusan pengebumian akan diberitahu kelak jika urusan di hospital selesai.

“Doakan agar urusan kami dipercepatkan dan dipermudahkan oleh-Nya,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Jenazah abangnya juga sudah dipindahkan dari Hospital Pekan ke Hospital Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi lapor Harian Metro.

Baca Juga: Pemandu BMW rentung dalam kemalangan babitkan 4 kenderaan

Baca Juga: Benarkah IPTS jadi lubuk keuntungan kerana kejar kuantiti berbanding IPTA kejar kualiti?