Berikutan kisah Jofliam yang kini didakwa sudah ‘bujang’ menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak.
Masakan tidak, suami kepada blogger terkenal Cik Epal itu didakwa membawa wanita yang bukan mahramnya ke Milan atas urusan kerja meskipun didakwa masih mempunyai pekerja lelaki yang lain.
Namun, baru-baru ini pempengaruh itu didakwa sudah pulang ke pangkuan keluarga berdasarkan hantarannya di laman sosial Instagram.
Menerusi hantaran laman instagramnya, Jofliam atau Jofli Abu Bakar menunjukkan dirinya sedang menjamu selera bersama dua anaknya tanpa kehadiran isteri iaitu Cik Epal.
Apa yang menarik perhatian, menerusi hantaran baharu Jofliam dikatakan memulangkan semula jam mewah yang berharga puluhan ribu kepada Cik Epal bersama nota kecil.
“Bye-bye. Bismillah. Chapter baru”.
Sebelum ini, pasangan pempengaruh itu dikatakan telah bercerai namun masih lagi menunggu pengesahan dari mahkamah berikutan tiada lafaz cerai yang dikeluarkan dari mulut sang suami iaitu Jofliam.
Baca juga: Akhirnya Cik Epal dedah kisah sebenar, Jofliam pula kata mahu ‘move on’