Perbadanan McDonald’s didakwa akan menukar pentadbiran dan menggantikan Alonyal yang memiliki 225 restoran McDonald’s di Israel selepas francais tersebut terjejas akibat gesaan boikot membabitkan perang dengan Hamas di Gaza.
Butiran transaksi tidak dipaparkan, dan menurut McDonald’s, pengambilalihan tersebut bergantung kepada syarat-syarat yang tidak didedahkan.
Alonyal telah mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih dari 30 tahun, dan pada masa kini, mereka mempunyai 225 cawangan serta menyerap lebih daripada 5,000 pekerja. Pekerja-pekerja ini akan kekal dikekalkan selepas penjualan tersebut.
McDonald’s menjadi sasaran boikot setelah restoran-restoran francais di Israel menawarkan ribuan hidangan percuma kepada askar Israel.
“Kami maklum bahawa keluarga-keluarga dan komuniti mereka di rantau berkenaan terus terjejas akibat perang dan kami bersimpati dengan nasib mereka pada masa ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan McDonald’s, Chris Kempczinski.
Beliau berkata, impak boikot tersebut adalah ‘bermakna’ tanpa mengulas lanjut.
Jualan suku keempat McDonald’s juga mengecewakan penganalisis. Di restoran-restoran francais di luar Amerika Syarikat, penurunan jualan adalah sebanyak 0.7 peratus.
“Tempat yang kami lihat mencetuskan impak terbesar adalah di rantau Asia Barat. Kami juga menyaksikan sebahagian impak berlaku di negara Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia,” kata Kempczinski.