Juara Sukan Olimpik Tokyo dibawa ke hospital selepas kemalangan dalam trek basikal

Pemegang pingat emas acara omnium di Olimpik Tokyo, Matt Walls mengadu sakit kepala selepas terlibat dalam kemalangan di Sukan Komanwel Brimimgham awal pagi tadi.

Pelumba berbasikal trek berusia 24 tahun itu dikatakan terbabas lalu merempuh penonton di pusat Lee Valley VeloPark di London lapor Stadium Astro.

Walls memerlukan jahitan di dahinya tetapi mujur mengelak kecederaan teruk, demikian umum British Cycling di laman rasmi Twitter mereka.

Dia yang mewakili England dibawa ke hospital selepas insiden mengejutkan itu yang berlaku di jarak 15km kelayakan scratch.

Langgar pelumba lain, ada penonton yang juga tercedera

Ketika cuba mengelak daripada merempuh selekoh, Walls dikatakan hilang kawalan dalam kelajuan tinggi hingga menyebabkan dia terlanggar dua pelumba lain.

Dua peserta tersebut adalah, Derek Gee, dari Kanada dan pelumba Isle of Man, Matt Bostock, Penonton yang tercedera juga dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Juara Olimpik Tokyo, Matt Walls

“Terima kasih semua orang atas mesej dan sokongan! Entah bagaimana saya terlepas daripada ditimpa kecederaan serius, saya hanya memerlukan beberapa jahitan dan berasa agak sakit.

“Saya sangat berharap semua yang terlibat dalam keadaan OK termasuk penonton yang mungkin tercedera,” tulis Walls di lamat Twitter.

Baca Juga: Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia

Baca Juga: Rugi isi minyak waktu siang, Pak Cik Shell bongkar lagi mitos waktu terbaik untuk isi minyak