Jumpa ulat kecil masih hidup dalam nasi kerabu, pembeli luah rasa kecewa. Selepas isu roti john hangit kini timbul lagi satu isu berkaitan juadah yang dibeli di bazar.
Tular satu rakaman video TikTok oleh Naleeya yang telah menjumpai ulat kecil berwarna putih dan masih hidup di dalam nasi kerabu yang dibeli dari bazar Ramadan.
Difahamkan wanita itu baru sahaja menyedari kewujudan ulat berkenaan ketika waktu hendak berbuka puasa.
Dia meluahkan rasa kecewanya apabila menjumpai ulat itu ketika sudah menghampiri waktu berbuka, maka sudah tidak ada masa untuk membeli makanan lain dan terpaksa berlapar.
Justeru, wanita itu meminta agar semua pengguna berhati-hati ketika membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.
“Hati- hati lah kalau membeli…ambil lah masa untuk belek-belek sikit makanan tu. Untuk peniaga kalau barang lama jangan la naya pelanggan. Dah la puasa, lapar pulak,” tulisnya dalam kapsyen.
Wanita tersebut enggan berkongsi lokasi gerai atau bazar nasi kerabu itu, dan memaklumkan bahawa ia dirahsiakan.
“Kat mana? Biarlah rahsia,” katanya lagi.
Sejak awal Ramadan lalu, terdapat beberapa netizen turut berkongsi ketidakpuasan hati mereka terhadap juadah dan makanan yang dibeli dari bazar Ramadan.
Diharapkan pembeli lebih berhati-hati ketika membeli dan melihat terlebih dahulu sebelum berbuka bagi mengelakkan hal ini daripada terjadi lagi.
Baca Juga: Pembeli tertipu beli roti john hangit siap bungkus
Baca Juga: Kronologi sepanjang kehilangan empat penyelam warga asing di perairan Mersing