Kahwin dah 34 tahun baru tahu perkahwinan tak sah sebab…

Kahwin dah 34 tahun baru tahu perkahwinan tak sah sebab guna wali hakim yang bukan warganegara. Wanita tersebut dikatakan berjumpa pendaftar nikah untuk bernikah semula.

Tidak dapat bayangkan betapa hancurnya sebuah pasangan apabila mengetahui bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi syarak dan terpaksa bernikah semula.

Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi okeh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ToKadi Hispter yang bekerja sebagai pendaftar nikah.

Menurut MStar, ‘perkahwinan’ mereka yang dibina selama 34 tahun itu sebenarnya tidak sah di sisi agama dan syarak kerana menggunakan wali bukan warganegara.

Bapa tak restu hubungan sebab poligami

Dalam pada itu, wanita berkenaan mengakui bahawa bapanya masih lagi hidup, cuma dia tidak merestui perkahwinan kerana mereka ingin berpoligami sehingga terpaksa menggunakan wali hakim terbabit.

“Nikah kami yang dah 34 tahun ini hakim putuskan tak sah sebab dulu kami nikah guna wali hakim dan wali hakim tu bukan orang Malaysia.

“Kami dah bertaubat ustaz,” ujar wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, pendaftar nikah berkenaan turut berasa terkejut dengan kisah wanita tersebut selain terkenang nasib anak-anak pasangan itu.

“Pak cik, mak cik, kalau nak kahwin buat lah cara yang betul. Ni sampai 34 tahun rupanya nikah tak sah. Tak kesian dekat anak-anak?” tulisnya di hantaran tersebut.

Kalau dah 34 tahun kahwin baru sedar, maknanya dah terlambat. Pasangan sepatutnya mengambil berat mengenai hal ini dan bukan sewenang-wenangnya apatah lagi melibatkan anak. Anak nak kahwin nanti susah juga sebab tak boleh berwalikan bapa.

Baca Juga: “Walaupun tak ada A dalam SPM, yang penting dapat laki!” – Ibu bangga anak tak dapat A

Baca Juga: Baru 5 hari dibaiki, remaja selamba rosakkan eskalator di stesen LRT Sri Rampai