“Walaupun tak ada A dalam SPM, yang penting dapat laki!” – Ibu bangga anak tak dapat A

Susulan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan, tular di rata-rata media sosial mengenai reaksi keluarga berkenaan keputusan yang mereka dapat.

Namun, berbeza dengan hantaran video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Shakilla Miezam yang tular baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang wanita seolah-olah bangga dan tidak kisah tentang keputusan SPM yang diperoleh anaknya.

“Orang lain SPM dapat sambung belajar, anak I lepas SPM dapat laki. Walaupun tak ada A pun tapi yang penting dapat laki!” ujarnya.

Malah, dia seperti bangga kerana anaknya terus berkahwin selepas menamatkan persekolahan dan tidak menyambung pelajaran ke Universiti.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dan mengecam kata-kata yang diluahkan oleh wanita itu.

“Nasib baik bukan mak aku.

“Tiba-tiba bersyukur sangat dapat ibu bapa yang tegas. ALHAMDULILLAH,” antara komen pengguna TikTok.

Betul nasib sudah ditentukan, tak semua ditakdirkan untuk menempuh ke alam universiti. Namun jangan jadikan perkahwinan sebagai tiket keluar jika anda tidak mahu menyambung pelajaran.

Baca Juga: Bangga tunjuk keputusan SPM semua G dan TH, orang ramai bimbang trend ‘sakit’ ini

Baca Juga: “Dapat 3 dos dalam masa setahun, patut kanser merebak” – Antivaks guna modal vaksin kaitkan kematian Adibah Noor