“Dapat 3 dos dalam masa setahun, patut kanser merebak” – Antivaks guna modal vaksin kaitkan kematian Adibah Noor

  • Post author:

Baru sahaja kita kehilangan artis versatil Adibah Noor, kini muncul pula teori arwah menghidap kanser disebabkan oleh vaksin. Di Twitter, golongan ‘antivaks’ menjadikan kematian Adibah Noor sebagai ‘modal’ dakwa vaksin punca kanser.

Menerusi ‘group chat’ di Telegram, sekumpulan ‘antivax’ mendakwa tindakan Adibah Noor mengambil tiga dos vaksin dalam tempoh setahun menyebabkan kanser yang dialami olehnya itu merebak dengan cepat. Berikutan daripada itu juga, arwah tidak sempat melakukan sebarang rawatan dan meninggal dunia.

Dalam group tersebut, sekumpulan ‘antivax’ turut menyatakan rasa tidak masuk akal sekiranya penyanyi berkenaan boleh menghidap kanser ovari dalam tempoh masa yang singkat.

Kecewa membaca perbualan di antara segelintir netizen di dalam ‘group’ tersebut, seorang pengguna Twitter nekad melaporkan hal demikian kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ujar pengguna Twitter tersebut, dia tidak tahu dimanakah adab manusia zaman sekarang tatkala ada yang meninggal dunia.

Terdahulu, arwah memberitahu dia lengkap mengambil ketiga-tiga dos vaksin.

Sumber: Twitter

Baca Juga: Arwah Adibah Noor rahsiakan derita daripada umum

Baca Juga: Lebih RM15 juta insentif kerajaan Pulau Pinang kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah