Kaki bengkak lepas kena covid-19, Amar minta kongsikan rawatan untuk isteri. Menerusi hantaran di Instagram, Amar, 36, memberitahu Amyra mengalami sakit sendi, ada beberapa kesan lebam serta bahagian kaki menjadi bengkak.
Kata pemilik nama Amar Mohd Baharin, Amyra juga menghadapi masalah batuk tanpa henti sejak disahkan positif Covid-19 pada bulan lepas.
“Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).
“Batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas positif Covid pada 6 Mac 2022”. katanya di hantaran Instagram miliknya
Pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan menyatakan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli sudah menjalani pemeriksaan doktor namun keputusan darah yang diterima adalah normal.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata ini memohon agar netizen yang pernah mengalami situasi sama sudi berkongsi cara rawatan.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Amyra cepat sembuh seperti biasa. Namun ramai juga yang tidak menyangkal yang Amyra lalui ini mungkin simptom post-Covid.
Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2.
Baca Juga: BKM dah mula disalur secara berperingkat bermula semalam, berikut cara semak status kelulusan
Baca Juga: Rayuan Miqdad ketepi tuntutan berjaya