Kalah berdebat dengan rakan pasal Tangmo, lelaki bunuh diri lompat balkoni

Gara-gara kalah berdebat dengan rakan mengenai kes kematian aktres Thailand Tangmo Nida, seorang warganegara Thailand bertindak ‘terjun’ dari balkoni sebuah kondominium.

Menurut laporan Bangkok Post, lekaki berusia 20 tahun dari wilayah Sutthisan, Thaukand itu dilaporkan meninggal dunia kena mengalami kecederaan akibat melompat dari balkoni rumahnya.

Mangsa dipercayai bertelingkah dengan rakannya yang berusia 30 tahun itu mengenai isu Tangmo sebelum dia mengamuk kerana kalah dalam perdebatan tersebut.

Difahamkan mangsa yang merupakan seorang pengarang fiksyen tahu siapa dalang di sebalik kematian selebriti terkenal itu.

Rakannya tidak mengetahui mangsa terjun dari balkoni kerana sibuk bersembunyi di dalam bilik airnya.

Mangsa dikatakan sedang berhalunisasi kerana rakannya memberitahu bahawa mereka sempat mengambil dadah jenis methamphetamine sebelum bergaduh.

“Saya rasa dia berhalusinasi kerana kesan dari dadah yang kami ambil. Saya tak rasa dia terjun sebab kecewa dengan isu Tangmo”.

Rakan mangsa kini ditahan atas kesalahan pengambilan serta memiliki dadah apabila pihak polis menemui jenis methamphetamine dan alat untuk menghisap dadah tersebut.

Ibu mangsa ketika disoal mengatakan bahawa dia tidak percaya bahawa anak lelakinya itu membuat keputusan untuk membunuh diri hanya disebabkan kes kematian Tangmo dan mendakwa anaknya mempunyai kehidupan yang lancar serta sudah memenuhi impian sebagai seorang pengarang.

“Anak saya seorang yang tabah dan pandai menyara dirinya sendiri sejak kecil lagi”, ujarnya.

Susulan daripada itu, pihak polis masih menunggu laporan hasil bedah siasat, namun tidak menolak sebarang kemungkinan mangsa terjatuh akibat ditolak atau kemalangan.

Baca juga : https://themalaysialife.com/tak-bertanggungjawab-sampai-langgar-kereta-orang-sebab-nak-elak-bayar-tol/