Kanak-kanak maut dijangkiti HIV selepas diliwat 4 beradik

Kanak-kanak maut dijangkiti HIV selepas diliwat 4 beradik. Budak lelaki maut selepas diliwat berkali-kali oleh empat beradik lelaki dalam tempoh selama dua tahun sehingga mangsa dijangkiti virus HIV.

Portal The Sun melaporkan, mangsa berusia 11 tahun pada mulanya koma dan mengalami serangan jantung sebanyak dua kali di sebuah hospital di Santa Cruz, Bolivia pada Sabtu.

Doktor berjaya memulihkannya selepas serangan jantung pertama tetapi tidak dapat menyelamatkan nyawanya selepas serangan kedua.

Kes itu menggemparkan negara, malah menarik perhatian presiden negara itu.

Presiden Luis Arce menulis di media sosial: “Kami meluahkan rasa sakit yang paling dalam atas pemergian kanak-kanak kecil di Yapacani.

“Kejadian tragis ini tidak boleh terlepas dari hukuman, tidak dapat dibayangkan untuk menerima begitu banyak kejahatan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah.

“Kepada keluarganya, semua sokongan kami dan ucapan takziah,” katanya.

Ibu tuntut keadilan

Katanya, anaknya didera secara seksual oleh empat beradik yang tinggal di rumah bersebelahan di Yapacani.

Kanak-kanak yang ketakutan itu hanya mendedahkan pengalaman pahitnya, selepas dia jatuh sakit dan disahkan positif HIV.

“Saya mahukan keadilan… Perlu ada keadilan. Anak saya pergi buat selama-lamanya dan mereka masih ketawa,” kata ibu kanak-kanak itu, Bertha.

“Walaupun mereka membunuh saya, saya tidak akan berdiam diri, ke mana sahaja saya pergi, saya akan bercakap,” katanya.

Dua daripada suspek berusia 15 dan 17 tahun, manakala dua lagi berusia 23 dan 28 tahun.

Baca Juga: Pelajar tahfiz lari sebab tak tahan diliwat senior sejak 2020

Baca Juga: Filem animasi Disney Lightyear ada unsur LGBT, petisyen pengharaman dilancar