Kanak-kanak melecur lepas makan ‘ice smoke’, punca percikan api masih tidak diketahui

Kanak-kanak melecur lepas makan ‘ice smoke’, punca percikan api masih tidak diketahui. Budak lelaki berusia lima tahun itu melecur di seluruh badan selepas dia membeli makanan ringan yang dikenali sebagai ‘ice smoke’.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Indonesia itu terjadi semasa dia sedang  melihat pertunjukan reog (tarian tradisional Jawa) lapor detikjatim.

Mahu beli sebab unik, boleh keluar asap

Menurut bapa mangsa, Sutrisno, makanan terbabit dibeli oleh anaknya dengan harga Rp 20 ribu (RM5.00) itu mengandungi nitrogen cair.

Disebabkan keunikan makanan tersebut, kanak-kanak lelaki berkenaan tertarik untuk membelinya kerana ia boleh mengeluarkan asap ketika dimakan.

Tidak merokok, jadi tidak tahu punca percikan api

Selepas penjual bagi makanan tu kepada anak saya, tiba-tiba ada percikan api yang terus terkena dan membakar anak saya. Saya tak tahu macam mana boleh terbakar sebab saya tak merokok.

Saya tak terlalu memperhatikan sama ada sekeliling anak saya ada yang merokok atau tidak. Kejadian berkenaan berlaku dengan cepat. Saya secara spontan cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan tangan saya. Disebabkan itu, tangan saya juga terbakar.

Bawa anak segera ke klinik

Panik dengan kejadian yang dialami, si bapa kemudiannya bertindak menanggalkan baju anaknya yang sudah terbakar itu dan bergegas membawanya ke klinik kesihatan berdekatan.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit mengalami kesan melecur yang teruk pada seluruh badan sehingga pihak klinik kesihatan meminta mangsa untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Makanan segera itu dikatakan mengandungi nitrogen cair. Tak sampai seminit anak saya pegang makanan tu, terus terbakar. Kami tak tahu punca api tu dari mana.

Penjual ‘ice smoke’ datang minta maaf

Dalam pada itu, bapa mangsa berharap agar isu terbabit dapat diselesaikan secara baik dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan anaknya.

Penjual makanan tu ada datang untuk minta maaf. Saya sendiri ingin selesaikan perkara ni secara baik. Apa yang penting adalah kesembuhan anak saya.

Susulan daripada itu, Sutrisno menasihati para ibu bapa agar lebih berhati-hati untuk membeli makanan anak-anak supaya kejadian seperti anaknya itu tidak akan berulang lagi.

Baca Juga: Pernah bawa Aliff Syukri buat stand up di Crackhouse, Afdlin anggap tak semua konten berunsur menghina

Baca Juga: “Penerangan cap ayam!” – Video Keluarga Malaysia borak pasal harga minyak masak, kena ‘troll’ dengan netizen