Kantoi cuba tipu duit orang, scammer bengang dapat 5 sen je

Kantoi cuba tipu duit orang, scammer bengang dapat 5 sen je. Seorang guru dimaki dengan perkataan ‘babi’ oleh scammer selepas gagal menipu untuk meminta wang menerusi Telegram baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, Ahmad, 52, berkata beliau dihubungi seseorang yang menghantar mesej menggunakan identiti rakan untuk meminjam wang sebanyak RM1000.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannya.

“Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit.

“Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja. dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit

“Memang licik sindiket penipuan ini iaitu dengan menggunakan identiti orang yang kita kenali untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkan kembali pada keesokan harinya”, katanya.

 

 

Ahmad berkata, selepas dia menghantar gambar slip bank berkenaan, scammer tersebut terus memakinya dan menamatkan perbualan.

Katanya, scammer berkenaan mungkin terlalu marah kerana terasa dipermainkan olehnya dan tidak menerima jumlah wang yang diharapkan.

Dia juga menambah bahawa bukan dia sahaja yang ditipu oleh sindiket terbabit malah rakan sekerjanya juga menerima mesej dipercayai individu sama untuk meminjam wang tetapi memberikan nombor akaun yang berbeza.

Orang sekarang cepat terpedaya atau tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membantu dan memasukkan sejumlah wang kepada nombor akaun yang tidak dikenali.

Adalah lebih baik jika orang ramai menghubungi dahulu rakan tersebut untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka betul-betul berada dalam kesusahan atau sebenarnya identiti mereka dicuri orang lain.

Baca Juga: Pedas betul komen Awie, ‘benda boleh tolak, tapi Zul Ariffin pilih sedap’

Baca Juga: Tony Pua ‘aset’ penting kepada DAP, harap terus khidmat kepada parti, kata Anthony Loke