Kecoh seorang wanita telah berkongsi di twitter menunjukkan beberapa tangkap layar perbualannya bersama seorang individu yang membuatnya rasa kurang selesa.
Menerusi tangkap layar terbabit, lelaki itu telah menghantar pesanan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual dan lebih mengerikan adalah individu itu dipercayai seorang polis.
PATUT LAH BANYAK KES POLIS ROGOL ORANG AWAM YE.
Ni ke slogan PDRM
`Tegas, Adil, Berhemah'POLIS PUN DAH TAK SELAMAT SEKARANG KAT MALAYSIA 😞 pic.twitter.com/u1meyDWem7
— GIRLS WITH STETHOSCOPE (@QB25_) March 28, 2024
Disebabkan berasa kurang selesa, maka wanita itu mengatakan mahu membuat laporan polis berhubung gangguan yang dilakukan oleh lelaki terbabit tetapi seolah-olah diremehkan polis miang itu.
Dalam hantaran terbabit, wanita itu berasa tidak selamat kerana polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tetapi apa yang berlaku membuatnya berasa tidak selamat.
Pendedahan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen mempertikaikan bagaimana individu terbabit boleh menjadi seorang anggota polis.
Baca: Ada tiga waktu disarankan bersenam ketika berpuasa, no 1 tu paling cepat turun berat badan