Kita merasakan bahawa segala langkah pencegahan dan keselamatan telah dilakukan tetapi ada masanya kita jadi gelabah dan panik kerana kereta yang dipandu mula terbabas.
Terbabas pula bukanya di atas darat tetapi di dalam air tambahan pula pintu berkunci sangat sukar untuk pecahkan cermin, atas darat boleh pula.
Namun tiada siapa yang akan tahu bila perkara buruk akan berlaku dalam hidup ini. Bak kata peribahasa, malang tidak berbau.
Sama juga situasinya bila memandu kereta, mungkin kita sudah memandu dengan cermat dan selamat tetapi terkadang kemalangan tetap berlaku sehingga meletakkan kita di dalam situasi yang cemas.
Lebih menakutkan jika kemalangan tersebut menyebabkan kereta terbabas ke dalam sungai atau tasik
Dalam keadaan itu, apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan diri?
Menurut Carput.my, agak mustahil sebenarnya untuk membuka pintu kereta dengan cepat apabila tenggelam dalam air kerana disebabkan oleh beberapa masalah.
Pun begitu, tidak bermakna korang tidak perlu cuba untuk selamatkan diri.
Ikuti informasi yang dikongsikan oleh Carput berkaitan situasi ini dan bagaimana caranya untuk korang menyelamatkan diri ketika kereta tenggelam di dalam air.
Bahagian hadapan kereta bahagian paling berat
Tekanan air daripada luar menyebabkan pintu tidak boleh dibuka
Baca juga: Niat untuk hidup bersama-Wanita 41 tahun nikahi anak sahabat jarak umur 25 tahun