Kes serangan pusat tahfiz, tiga lagi suspek berjaya ditahan

  • Post author:

Sebelum ini media melaporkan dua suspek berkaitan kes serangan ke atas pusat tahfiz ditahan 12 Ogos, kini tiga lagi supek berjaya ditahan semalam. Dua ditahan di Terengganu manakala lagi seorang di Jerantut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dua suspek termasuk seorang suspek utama ditahan kira-kira pukul 2 pagi tadi di Terengganu manakala seorang lagi suspek ditahan pada pukul 8 pagi di Felda Lepar Utara 1 di Jerantut.

“Tangkapan terbabit dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dari dua suspek ditahan sebelum ini yang membuat pendedahan tentang tiga suspek yang masih bebas terbabit.

“Ketiga-tiga suspek ditahan untuk proses dokumentasi dan polis akan mendapatkan perintah reman dari mahkamah,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis di sini hari ini.

Menurut Azli ketiga-tiga suspek ditahan dan siasatan dilakukan di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan lapor Kosmo.

Semua suspek ada rekod lampau

Selain itu katanya, kesemua suspek terlibat yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

“Ujian saringan awal ke atas ketiga-tiga suspek berusia 30an itu mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis heroin,” katanya.

Baca Juga: Tak puas hati soal bayaran makanan, dua daripada lima suspek serang pusat tahfiz ditahan

Baca Juga: ‘Duit banyak tu janganlah menunjuk, buat sekolah angkat lebih baik ikut cara orang kaya Cina’