Kes tampar muka di surau, mangsa sudah tarik balik laporan

Kes tampar muka di surau, mangsa sudah tarik balik laporan. Tular mengenai pesara menampar anggota TLDM. Kejadian yang berlaku di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya terima laporan berkaitan kejadian yang dibuat mangsa berusia 30-an lapor Harian Metro.

Kejadian berlaku di antara mangsa yang merupakan anggota TLDM dan suspek pesara TLDM di masjid berkenaan selepas selesai solat Asar.

“Selepas selesai solat, mangsa bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum suspek tiba-tiba menampar belakang kepala dengan kuat hingga terkena telinga kanannya.

“Sususlan itu mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga,” katanya.

Anggap mangsa kurang ajar

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca hanya kerana mangsa tidak memandang muka suspek ketika bersalaman.

Suspek yang berusia 46 tahun itu dikatakan berang dan menganggap tindakan anggota muda itu sebagai kurang ajar dengannya.

Tambah beliau, kedua-dua pihak sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 11 Kanun Prosedur Jenayah.

Mangsa tarik balik kes

Mangsa membuat keputusan untuk menarik balik kes tersebut dan menarik semula laporan polis yang dibuatnya. Kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Susulan itu, pihak polis menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video berkenaan kerana kes itu sudah selesai.

Baca Juga: Padah hisap vape, doktor terpaksa tebuk paru-paru pesakit untuk mudahkan bernafas

Baca Juga: Tiket konsert Dewa 19 licin dalam tempoh sejam, ustaz Pas tegur kenapa majlis ilmu percuma tak rasa teruja?