Padah hisap vape, doktor terpaksa tebuk paru-paru pesakit untuk mudahkan bernafas

  • Post author:

Padah hisap vape, doktor terpaksa tebuk paru-paru pesakit untuk mudahkan bernafas. Dua liter air dikeluarkan daripada paru-paru pesakit yang juga penghisap vape tegar.

Itu prosedur dilalui pesakit diceritakan oleh Dr. Wan Nazri berhubung kesan penggunaan vape yang mengakibatkan kerosakan kepada paru-paru pengguna lapor Kosmo.

Vape boleh rosakkan paru-paru bukan hanya rokok

Menerusi video dimuat naik di YouTube, beliau berkata, melalui prosedur tersebut, doktor akan memasukkan jarum dari belakang pesakit serta menyedut air keluar dan masuk ke dalam beg.

“Jadi doktor masukkan jarum ini sebab hendak buang air untuk senang bernafas dan paru-paru senang berkembang. Jarum itu tidak tembus hingga paru-paru dan paru-paru juga tidak bocor.

“Air ini di dalam selaput paru-paru dan bukan dalam paru-paru, ia berbeza. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘pleural effusion’,” katanya menerusi penerangan tersebut.

Rasa sakit dicucuk walapun sudah dibius

Dalam pada itu, beliau berkata, paru-paru berair boleh disebabkan pelbagai punca dan tidak hanya merokok semata-mata, malah sewaktu prosedur dijalankan, pesakit tetap berasa sakit ketika dicucuk biarpun telah dibius.

“Fikir berapa banyak liter air keluar dari paru-paru? Dua liter setiap kali keluar banyak,” katanya.

Tambahnya, kajian kes di Barcelona juga menunjukkan, vape boleh menyebabkan kerosakan paru-paru seterusnya meningkatkan risiko paru-paru berair dalam kalangan orang muda.

Ramai yang menggunakan vape sebagai alternatif kepada rokok, bagi mereka vape tidak sebahaya rokok namun tanggapan mereka salah kerana kedua-dua ini adalah mekanisma terhebat untuk membunuh paru-paru anda.

Baca Juga: Wanita transgender dipindah secara paksa selepas hamilkan dua banduan

Baca Juga: Misteri kehilangan personaliti TV, pemilik cafe nampak dia menggigil ketakutan, cemas