Ketika ramai guna penyedut kertas untuk selamatkan dunia, Kylie Jenner selamba naik jet peribadi untuk perjalanan 3 minit. Bintang realiti Keeping Up With The Kardashian itu memilih menggunakan jet peribadi walaupun perjalanan hanya mengambil masa 40 minit menggunakan kenderaan.
Warganet mula mengkritik Kylie selepas memuat naik gambar dia dan pasangannya, Travis Scott dengan kapsyen mahu guna jet peribadi saya atau awak berserta gambar dua jet peribadi dan kereta mewah Rolls Royce di Instagram.
Ramai mula mempertikai mengapa mereka perlu mengurangkan pengambilan daging dan juga menggunakan penyedut kertas sedangkan orang kaya guna jet peribadi untuk ke tempat yang boleh dicapai menggunakan kenderaan.
“Kenapa saya perlu mengurangkan pengambilan daging dan menggunakan penyedut minuman kertas manakala ada orang mencemarkan udara dengan karbon dioksida untuk perjalanan tiga minit ke Palm Spring?
“Tidakkah dia sedar bahawa dunia semakin tenat dengan masalah pencemaran dan pemanasan global?,” tulis pengguna media sosial di bawah gambar tersebut.
Kylie didakwa pernah menggunakan jet peribadinya untuk ke destinasi yang hanya memakan masa 15 minit penerbangan selain ke Van Nuys ke Camarillo yang hanya mengambil masa tiga minit.
Pemilik produk Kylie Kosmetik itu dilaporkan membeli jet peribadi Bombardier BD-700 itu dengan harga US$72.8 (RM300 juta) pada 2019 yang boleh menghasilkan dua tan karbon dioksida dan lima hingga 14 kali lebih mencemarkan berbanding pesawat komersial biasa.
Baca Juga: Tragis di hari bahagia, wanita maut terkena peluru sesat