Kilang kedua Sambal Nyet Khairulaming bakal dibuka setelah jualan cecah RM14 juta

Kilang kedua Sambal Nyet milik influncer Khairulaming yang juga usahawan bakal dibuka tidak lama lagi di Kelantan.

Ini berikutan selepas setahun setengah kilang pertama beroperasi dengan jualan Sambal Nyet mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit.

“Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi, ciap Khairulaming di laman Twitter rasmi miliknya.

Beliau menceritakan Pada hari pertama Sambal Nyet cuma dapat jual 200 botol sehari makin lama pihaknya dapat jual 5,000 botol sambal sehari.

“Team kita juga dah berkembang daripada 8 orang, kini sudah naik ke 50 orang,” katanya.

Untuk kilang kedua ini katanya akan dijadikan tempat untuk naikkan lagi produksi Sambal Nyet dan jadi tempat persediaan untuk produk kedua nanti selain menaikkan ekonomi tempatan.

Khairulaming masih belum berkongsi kepada umum apa produk kedua yang bakal dihasilkannnya.

Jadi tunggu dan lihat. Sementara itu, anda boleh buat pembelian Sambal Nyet di sini dan ya, ia tetap sentiasa sold out setiap hari sehingga ke hari ini.

Baca juga:

Amber Heard dijangka jual rumah bernilai RM4.67 juta untuk bayar saman lebih RM36 juta pada Depp

Baca juga:

Padah lelaki berlagak samseng ditahan polis setelah disemak ada 11 rekod jenayah