King Myvi buat hal lagi, parkir tengah jalan sampai kena angkat pergi tepi. Ruang parkir sudah dibina dengan sempurna tetapi masih ada yang menggunakan parkir sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain.
Situasi tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian video oleh Amir Afiq di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat dan mengalihkan kereta Perodua Myvi gara-gara diparkir di tempat salah.
Menurut pemilik video, dia turut berada di lokasi kejadian dan difahamkan bas yang dinaiki Amir dan rakan-rakannya itu sukar melalui laluan terbabit disebabkan terhalang oleh kereta tersebut.
Pusing cari pemilik kereta sebelum buat keputusan angkat kereta
Jelasnya lagi, sebelum mengambil keputusan untuk mengangkat kereta terbabit beramai-ramai, mereka telah berusaha mencari pemiliknya terlebih dahulu namun gagal ditemui.
“Kami nak balik kereta ini halang sudah la jalan sempit, dia parkir pun tengah jalan, kami dah pusing cari pemilik kereta satu padang kota. Ini sahaja kami mampu buat,” katanya.
Sehubungan itu, ramai memuji tindakan sekumpulan lelaki berkenaan kerana masih bertimbang rasa dan tidak merosakkan kereta tersebut meskipun ia telah menghalang dan menyusahkan mereka.
“Terbaik la, kalau jenis tak sabar, mahu dilanggar sahaja kereta itu, ‘King’ tak ‘King’, semua kasi rembat, yang parkir ikut suka hati siapa suruh,” ujar Kamarul Azmi.
“Nasib baik abang-abang kita gagah, boleh tolong angkat dan ubah, terima kasih jadi pengguna bijak,” kata Mastura.
Baca Juga: Bawa secara melulu dan melawan arus, warga emas maut ditempat kejadian